jhnnlf

“Jihan Ni Kalau Bab Membahan Memang 1st Class” – Netizen Terhibur Jihan Tiru Gaya Neelofa

Ratu parodi top top meletop, Jihan Muse tidak pernah mengecewakan peminatnya. Apa tidaknya, Jihan sentiasa membawa kelainan dalam industri seni demi membuat netizen ketawa.

Gelagat dan telatah lawak Jihan yang sentiasa menghiburkan membuatkan ramai netizen tidak kering gusi untuk ketawa.

Baru-baru ini, isu fesyen baju dan tudung yang digayakan oleh Neelofa telah menjadi kecaman dari netizen. Isu tersebut telah tular dalam laman media sosial beberapa hari yang lalu.

Berikutan hal tersebut, Jihan telah memuatnaik sekeping gambar memakai fesyen baju dan gaya tudung sama seperti Neelofa.

Boleh kata memang sama habis fesyen yang digayakan oleh Jihan. Dengan mimik mukanya sebegitu menjadikan fesyen yang dipakai Jihan menjadi nampak sangat kelakar.

Rata-rata netizen yang melihat gambar Jihan tersebut tidak tahan perut untuk ketawa. Jihan memang pandai buat netizen rasa terhibur. Yelah, Jihan kan memang asalnya seorang pelawak

Namun kenapa fesyen baju yang Neelofa pakai mendapat kecaman berbanding dengan Jihan yang pakai.

Netizen terhibur dengan fesyen Jihan..

Pecah perut, Usus nak terkeluar..

Sama macam fesyen Neelofa..

Kain pelekat atas kepala..

Cantik ke tidak Jihan pakai fesyen macam ni. Agak-agak boleh menang tak fesyen top top meletop? Min pun tak habis gelak. Memang unik sangat Jihan Muse ni.

Sumber : Instagram @jihanmuse

Comments