kunyit

(VIDEO) “Saya Marah Dia, Tapi Dia Hanya Senyum,” Pemandu Uber Dicabul Penumpang ‘Kunyit’

Seorang lelaki yang merupakan pemandu Uber hari ini mendakwa dia dicabul oleh seroang penumpangnya ketika memandu di Lebuh Raya Maju Expressway Sdn. Bhd. (MEX), awal pagi tadi, lapor Utusan Online.

Menurut mangsa yang namanya tidak didedahkan, kejadian berlaku kira-kira jam 9.58 pagi di mana ditelah menerima pesanan seorang penumpang lelaki berusia 41 tahun di Jalan Klang Lama untuk dihantar ke sebuah kondominium di Sri Petaling, dekat sini.

Ketika dalam perjalanan, penumpang lelaki tersebut tiba-tiba meraba kemaluannya dengan sengaja dan dia cuba menepis.

“Saya terkejut dan memarahinya namun lelaki itu hanya tersenyum. Bagaimanapun saya meneruskan pemanduan sehingga tiba ke kondominium berkenaan walaupun berasa takut.

“Setelah tiba, lelaki itu hanya keluar dari kenderaan saya tanpa berkata apa-apa. Dia tidak membayar tambang secara tunai kerana menggunakan transaksi kad kredit,” katanya.

Kerana kejadian itu, mangsa telah membuat satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sri Petaling.

Comments