“Saya Mahu Dia Terasa, Saya Harap Dia Tengok Posting Itu”- Zulin Aziz Bengang

Loading...

Aih kak Zulin, bengang pasal apa tuu. Rupa rupanya Zulin Aziz ketika ini sedang bengang dengan salah seorang rakannya yang disifatkan sebagai kawan tikam belakang. Siapa pula kawan  yang berani menikam Zulin dari belakang ni?

Memetik laporan Mstar, Zulin Aziz sebelum ini ada memuatnaik satu video yang mengandungi lirik lagu bertajuk Aku Maafkan Kamu nyanyian Malique dan Datuk Jamal Abdillah di laman instagramnya. Video tersebut ternyata diakui oleh Zulin Aziz sendiri bahawa dia menujukan lirik tersebut kepada seseorang.

Zulin Aziz yang berusia 28 tahun ini menyatakan jika sebelum ini beliau hanya berdiam diri walaupun menyedari sikap individu tersebut yang berlakon baik dihadapannya namun apabila di belakang, dia menikam Zulin. Mungkin video ini boleh bagi kesedaran pada individu tersebut.

“Tiada niat lain selain saya mahu individu tersebut terasa dengan perbuatannya yang pada saya sangat hipokrit. Saya harap dia tengok posting itu,” ujar Zulin.

Zulin juga menambah video tersebut boleh juga ditujukan pada umum kerana beliau percaya, ramai lagi yang telah menjadi mangsa tikam belakang daripada kawan baik mereka dan bukan dia seorang saja.

A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz) on

Apa apa pun, bersabar lah ye Zulin. Hati manusia sekarang banyak yang lain.

Loading...