miera

Miera Liyana Dikaitkan Dengan Boy Iman Makan Duit Haram!!

Pelakon teater Kontena 404, Miera Leyana terkejut apabila dikatakan bersubahat dengan kes penipuan pembelian rumah membabitkan syarikat DBI Properties milik Datuk Boy Iman.

Ini kerana teater Kontena 404 ini merupakan produksi dari syarikat Boy Iman iaitu DBI Entertainment Sdn Bhd.

Lebih menusuk hati, pelakon-pelakon yang terlibat dengan teater Kontena 404 itu dituduh makan duit haram.

Ini komen Miera Liyana:

“Nauzubillah. Setiap daripada kita yang berlakon atau bekerja dalam apa juga bidang ada nawaitu.

“Saya nak berlakon dan tidak pernah sedikit pun menyimpan niat untuk buat perkara seperti itu. Saya mahu rezeki yang diperoleh daripada sumber yang halal.

“Lagipun, tawaran untuk berlakon teater ini saya dapat sejak dua bulan lalu sedangkan isu ini baru terjadi,”

Satu sidang media teater berjudul “Kontena 404 – Jangan Main Main” telah diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur semalam.

Miera Liyana akui berasa sedih apabila ada segelintir pihak yang menghukum produksi teater Kontena 404 hingga ada yang mahu memboikot naskhah lakonannya itu.

Ini komen Miera Liyana lagi:

“Saya sedih apabila ada pihak yang terlalu ekstrim mahu memboikot teater ini. Apa salah kami?

“Kami sudah melakukan sehabis baik sebagai pelakon dan tidak adil untuk menghukum kami atas kesalahan yang orang lain lakukan,”

Teater ini tetap diteruskan walaupun Datuk Boy Iman kini ditahan reman untuk siasatan kes skim rumah murah.

Selain Miera, teater Kontena 404 turut dibintangi oleh Izreen Azminda, Adam AF, Tauke dan Rani Kulop.

Teater komedi seram itu akan dipentaskan di Lambang Sari, Istana Budaya pada 20 hingga 22 Oktober depan.