p1

Jangan Sebab Nak Dicintai, Anda Sebagai Perempuan Rela Lakukan 6 Perkara Seperti Ini

Loading...

Kebahagian datang jika dicintai oleh orang yang kita cintai. Hari-hari yang bakal dilalui semestinya akan jadi ceria dan indah. Jatuh cinta memang pelik sikit, sebab bila bercinta akan selalu terpancar keriangan dari wajah. Tapi buat korang yang kurang beruntung dan merasa tidak dicintai dengan sepenuh hati oleh kekasih ketika ini, jangan sedih dan jangan buat perkara yang bodoh demi cinta.

Jatuh cinta memang senang, tapi nak rasa dicintai itu rasanya memerlukan perjuangan. Boleh je kalau sekadar memperjuangkan dengan menunjukkan perhatian, tapi kalau sampai berlebihan dan melakukan hal tidak baik tentulah akan merugikan diri sendiri.

1. Soal penampilan, jadilah diri sendiri daripada jadi orang lain tapi buat korang rasa terbeban

Jangan berfikirkan pendek, demi cinta yang kadangnya menyakitkan. Sampai nak ubah penampilan, amalkan diet tidak sihat dan sampai perlu berdandan sampai dah berubah rupa yang sebenar. Kalau iye pon nak berkorban demi memenuhi selera kekasih tu, tapi cuba fikirkan sekejap.

Soal selera itu boleh berubah-ubah. Boleh jadi satu hari nanti akan ada orang lain yang boleh tandingi korang untuk memenuhi cita rasa orang tu. Jadi kan dah rugi + sakit hati.

2. Jangan kerana dia,sampai sanggup tinggalkan semua cita-cita dan kerja

Sebab nak penuhi kehendak pasangan itu, korang sanggup tinggalkan apa yang korang mahu dalam hidup seperti kerjaya, keluarga atau sebagainya.

Tapi sekiranya ini yang berlaku dalam hubungan korang (kongkong). Bolehlah perlahan-lahan make a move demi mencapai matlamat hidup korang itu. Sebab bunga bukan sekumtum, kumbang bukan seekor.

3. Sedarlah! Takkan demi cintanya, korang rela disindir dan bahkan dimarahi olehnya setiap hari

Kadang kenapa korang boleh menyukainya, mungkin dia ada rupa atau gaya yang supercool. Tapi kalau dah kena marah setiap hari siapa boleh tahan.

Kalau betul cinta itu buta, fikir lah juga guna daya fikiran yang si dia pon tak boleh lah sewenang-wenangnya maki hamun dengan sebab yang tak munasabah demi puaskan hati dia je. Kadang perlu ada rasa memberontak juga, jangan diikutkan saja. Nanti naik lemak pula.

4. Jangan sampai lupakan kawan, hanya sebab dilarang oleh dia untuk hang-out bersama mereka.

Emosi dari orang yang dicintai memang membuatkan kita jadi positif. Tapi, emosi positif dari pasangan dan kawan itu berbeza, sebabnya korang boleh rasakan dan membezakan perasaan itu bila jalan bersama kekasih dan hang-out dengan kawan-kawan.

Korang yang terlalu ikut perintah si dia menyebabkan korang yang taknak keluar dengan kawan-kawan atas alasan si dia tak bagi. Kalau tak ikut takut kena tinggal pula dengan si dia. Ini namanya hubungan yang tidak sihat. Korang perlu ingat selagi tidak kahwin jangan nak turutkan sangat apa kata si dia. Pandai-pandailah tapis apa yang dia cakapkan tu.

5. Ada prinsip yang perlu korang pegang, jangan sampai demi cintanya korang melawan prinsip diri sendiri

Kita semua ada prinsip hidup masing-masing. Itulah kita sebagai manusia dan nak dibezakan dengan binatang. Yang penting jangan sampai bermusuh kerana berbeza prinsip.

Jangan diturutkan saja kalau si dia minta macam-macam perkara yang berlawanan dengan prinsip diri. Korang pon mesti tak nak jadi macam barang permainan kan?

6. Jangan sampai untuk cinta korang bagi kehormatan yang harusnya dijaga untuk suami kelak

Cinta dan kasih hanya boleh dirasakan oleh orang yang betul-betul telus. Kadang dengan cinta, ada juga orang yang terlanjur dimakan nafsu. Perkara ini tidak sepatutnya jadi, sebab ini kerja suami isteri. Jangan ikut sangat budaya barat yang entah apa-apa tu.

Kehormatan diri perlu dijaga kerana kita semua nak kahwin selepas tempoh tempoh yang sepatutnya. Jadi kekalkan kesucian diri sampai ke jinjang pelamin supaya korang bertemu dengan kebahagian menjadi pasangan suami isteri nanti.

Soal cinta, rasa sakit hati itu lebih baik dari korang bersamanya tapi tidak mencintai sama sekali. Jadi apapun yang korang dapat masa bercinta itu pastikan bermanfaat, walaupun hanya luka. Pengalaman rasa macam-macam perasaan itu boleh jadi baru loncatan untuk korang kedepan.

Jangan buat sesuatu yang merugikan diri hanya untuk dicintai, baiknya jadi diri sendiri dengan prinsip yang korang sematkan dalam diri.

Sumber NakBebel

Loading...