sari1

Ini Rahsia Sari Yanti Kekal Muda & Cantik Macam Anak Dara!

Loading...

Walaupun sudah berusia 3x tahun, Sari Yanti masih lagi melakonakan watak budak sekolah dan remaja. Mana tidaknya, wajahnya kekal awet muda meskipun sudah mempunyai dua orang cahaya mata. Bukan itu je, bentuk badannya juga kekal langsing. Apa rahsia Sari Yanti? Mesti ramai wanita di luar sana nak tahu.

Sari Yanti amalkan minyak untuk rambut kekal cantik & menawan

Kata Sari Yanti, dia selalu menyapu minyak pada rambut ebih-lebih lagi jika mewarnakan rambut. Biasanya rambut akan menjadi kering berbanding rambut yang tidak diwarnakan. Rambutnya juga cepat panjang, jadi setiap sebulan setengah dia akan ke salun untuk trim.

Amalkan minum air 40 minit selepas makan

Sari hanya akan minum air 40 minit selepas makan. Jika nak tahu, Sari Yanti seorang yang tak makan sayur, sebaliknya dia lebih suka makan buah-buahan.

Amalkan buah-buahan jika kurang minum air

Biasanya untuk sarapan Sari akan makan anggur, kiwi dan dicampurkan dalam bijirin. Jika bekerja awal pagi dan nak cepat, dia akan gantikan dengan mangga dan pisang. Ramai tak tahu yang Sari Yanti ni jenis orang yang kurang minum air, jadi buah-buahan elok dijadikan sebagai ganti untuk sumber air.

Makanan tambahan penting untuk kesihatan

Sari ambil vitamin C dan makanan tambahan ekstrak buah-buahan untuk kekal sihat memandangkan jadualnya padat. Kesihatan perlu sentiasa di jaga.

Sumber GetAViral

Loading...