fasha

Fasha Sandha Dan Ustaz Rock Kini Sedang Hangat Bercinta?

Pelakon Fasha Sandha nampaknya kembali terbuka berbicara soal hatinya kepada umum selepas setahun bergelar sebagai ibu tunggal.

Sebelum ini, pelakon tersebut pernah menyatakan hasratnya untuk kembali berumah tangga selepas perkahwinan sebelum ini gagal sehingga mencetus banyak kontroversi.

Baru-baru ini, Fasha dilihat telah mengakui dirinya sedang berkawan rapat dengan seorang jejaka dari pantai timur. Fasha memuat naik dua gambar dirinya bersama jejaka tersebut ketika menghadiri majlis perkahwinan pelakon Ummi Nazeera.

Memetik laporan Media Hiburan, Fasha belum bersedia untuk mendedahkan identiti lelak berkenaan yang kini hadir dalam hidupnya.

Netizen turut tumpang gembira apabila rata-rata mereka memuji pasangan tersebut yang sama cantik.

Malah netizen juga menemui jejaka tersebut yang dikenali sebagai Mukhlis Rosdi. Di dalam IG milik jejaka tersebut ada beberapa foto lelaki tersebut bersama anak-anak Fasha.

Sama-samalah kita doakan agar Fasha Sandha menemui kebahagiaan yang dicari bersama jejaka yang berjaya mencuri hati pelakon tersebut. Berikut kami kongsikan gambar-gambar antara Mukhlis dan Fasha.