‘Bukan Yang Original ..’ – Bawa Beg Harga 44k Ke Sekolah? Ini Respon Netizen

Kalau cakap pasal budak sekolah, mesti terbayang zaman yang paling best dan ceria. Lebih lebih lagi jika di tahun baru. Pasti semua baru, dari atas sampai bawah. Kalau masa zaman admin beg jenama SWAN memang antara yag top dan mahal. Kadang merayu rayu nak beg SWAN beroda. Barulah bergaya gitu. hehe

Namun rasanya budak sekarang lebih kepada jenama yang orang dewasa pakai. Contohnya Bercakap atau Adidas. Betul tak? Baru baru ini viral di media sosial apabila gambar seorang budak bergaya dengan beg jenama Supreme dari Louis Vuitton. Pehh bukan sebarangan beg tu. Menangis kalau cikgu tengok. Hehe.

Beg LV?

Gambar yang tular di media sosial ini mendapat perhatian netizen. Ramai yang mendakwa beg adik yang bersekolah di sebuah sekolah private di Pulau Pinang ini berharga hampir 40k. Serius lah? Admin pun tak tahu sangat.

Hampir 44k?

Berdasarkan harga yang dipamerkan di Ebay, ianya berjumlah hampir 44k Malaysia selepas di convert kan. Hishh biar betul. Ramai netizen komen tentang beg ini. Tak sangka budak sekolah sekarang pakai beg LV, namun ramai juga pertikaikan keasliannya. Asli ke tidak?

yang original

Menurut beberapa netizen, beg yang dipakai budak sekolah ini bukanlah yang asal kerana warna dan jenis kain yang digunakan pada beg ini. Apa apa pun admin rasa cool lah budak ni pakai walau tak original. Sebab admin kalau dia tak pakai, admin tak tahu ada harga beg sekolah 44k. Wow!

Kasut pun mahal?

Selain daripada beg yang mendapat perhatian, kasut yang dipakai juga jadi bualan netizen. Kasut Nike Sock Dart yang bernilai RM349 turut mendapat perhatian netizen. Macam kelakar la netizen ni. Habis disiasat macam polis pulak.

Apa apa pun admin rasa budak ni bukan anak orang biasa biasa. Tengok cara pemakaian rasanya original. Kalau tidak, takkan tahu jenama ni, dressup pun pandai. Baki gitu. Korang rasa?

respon netizen