5 Pekerjaan Paling Aneh di Dunia Yang Mendapat Bayaran Tinggi!

Seperti yang kita sedia maklum gaji setiap pekerjaan dibayar mengikut jawatan dan kelulusan yang dimiliki. Tetapi pernahkah anda terfikir apakah pekerjaan aneh yang mendapat bayaran tinggi? Berikut ialah 5 pekerjaan yang aneh tetapi mendapat gaji yang masyuk:

Penyelam Pengutip Bola Golf.

Anda sering bermain golf? Atau melihat permainan golf di televisyen? Perasankah anda kebanyakan padang golf berhampiran kolam atau tasik. Kebarangkalian bagi pemain golf dengan tidak sengaja memukul bola ke arah kolam atau tasik tersebut adalah sangat tinggi. Siapa yang akan mengambil bola yang jatuh ke dasar kolam atau tasik itu? Seseorang perlu menyelam untuk mengambil bola golf yang terjatuh, jadi siapakah orang yang dimaksudkan? Ya itulah dia Penyelam Pengutip Bola Golf!

Penyelam Pengutip Bola Golf ini termasuk dalam senarai pekerjaan aneh yang kemungkinan anda tidak pernah terfikirkannya sebelum ini bukan? Pekerjaan ini walaupun kedengaran mudah tetapi risikonya amat tinggi. Apakah risiko tersebut? Risiko tersebut ialah mereka mungkin bertemu dengan buaya sepanjang 8 kaki di dalam tasik semasa menyelam untuk mengambil bola golf tersebut!

Menurut ESPN, Penyelam Pengutip Bola Golf ini memiliki pendapatan di antara $50,000 – $100,000 USD setahun bersamaan dengan RM215,000. Wow!

Sukarela NASA Untuk Tidur Selama 3 Bulan Tanpa Henti

Ingin bekerja dengan NASA tetapi dengan cara berbeza? Sebelum ini, NASA pernah membuka program kepada umum untuk menjadi salah satu bahan kajian NASA. Pekerjaan ini adalah anda hanya perlu untuk tidur selama 3 bulan tanpa henti iaitu selama 90 hari! Pekerjaan ini adalah untuk mengkaji tentang pengaruh tubuh manusia jika berada di Zero Gravity selama 3 bulan berturut-turut.

Memang kedengaran amat pelik tapi menurut  The Penny Hoarder, NASA  membayar US $5,000 sebulan atau RM22,000 bersamaan USD $15,000 iaitu RM65,000 untuk 3 bulan! Tertarik ingin bekerja di NASA?

Penguji Tilam

Ada tak sesiapa yang hobinya tidur? Pekerjaan ini sangat sesuai untuk anda kerana anda hanya perlu tidur malahan tidur anda akan dibayar juga!. Bunyinya kedengaran agak kelakar bukan? Anda hanya perlu tidur di atas tilam yang perlu diuji dan memberitahu kepada pengeluar adakah tempat tidur tersebut selesa atau sebaliknya.

Menurut Careeroverview, pekerjaan sebagai penguji tilam ini dibayar sekitar US$53,000 atau sekitar RM22,000.

Tester AiskrimJika tadi pekerjaan bagi mereka yang suka tidur, ini pula pekerjaan bagi mereka yang suka makan aiskrim! Siapa yang tidak suka makan aiskrim apatah lagi dimakan ketika cuaca panas.Untuk pekerjaan ini anda hanya perlu duduk dan menikmati aiskrim yang pelbagai perisa dari pengeluar-pengeluar aiskrim dan memberitahu apakah rasa aiskrim tersebut.

Menurut The Richest, pekerjaan Tester Aiskrim ini boleh mendapat pendapatan sekitar US $70.000 / tahun atau RM300,000 setahun,  jadi tidak hairanlah jika pekerjaan ini juga disenaraikan dalam salah satu pekerjaan yang aneh dan mendapat bayaran tinggi.   

Penguji Gelongsor Air di Taman Tema Air

Jika anda suka bermain di gelongsor kolam renang di taman tema air, pasti anda akan melihat gelongsor-gelongsor unik & besar di kolam renang tersebut. Samada dari yang jenis simple atau yang jenis fancy dengan selekoh yang tajam. Tetapi tahukah ada Jika diluar negera memang ada pekerjaan sebagai tester gelongsor tersebut sebelum digunapakai untuk awam?

Kerja sebagai penguji gelongsor-gelongsor di taman tema air ini nampak seperti menyeronokkan dan juga termasuk sebagai salah satu Pekerjaan Paling Aneh di Dunia namun dibayar mahal! Tetapi, sebenarnya mereka dijadikan sebagai penguji untuk malihat tahap keselamatan dan keberkesanan pada gelongsor-gelongsor baru tersebut. Mereka akan mencuba gelongsor-gelongsor yang sangat curam bahkan hingga berbentuk 360 darjah yang belum pernah dicuba sebelumnya. Jadi, risikonya sangat tinggi bukan?

Menurut Payscale, pekerjaan sebagai tester ini dibayar sekitar USD 34.000 atau RM146,000!

Comments