artis

4 Artis Malaysia Yang Pernah Dikecam Kerana Berpakaian Seksi

Malaysia memang terkenal dengan sifat lemah lembut dan adab sopan yang tinggi tidak kira dari segi percakapan ataupun pemakaian seseorang.

Dalam dunia yang semakin pesat membangun dan moden ini masyarakat kelihatan lebih berani untuk tampil lebih elegan dalam berpakaian dan adakalanya sedikit seksi namun masih ada segelintir masyarakat yang merasakan ianya kurang sopan.

Ada juga di kalangan selebriti yang pernah menerima pelbagai jenis kecaman kerana berpenampilan seksi.

Jom kongsikan pada anda empat selebriti yang pernah dikecam kerana berpakaian seksi.

1. Izara Aishah

Pelakon cantik yang baru sahaja mendirikan rumah tangga, Izara Aishah pernah menerima kecaman daripada netizen kerana berpakaian seksi sehingga menampakkan bahagian tertentu sebelum ini.

Namun begitu Izara juga dengan rendah diri telah tampil memohon maaf kepada semua kerana pakaian tersebut dan akan terus mencuba perbaiki kesilapan diri dan tidak mengulanginya di masa hadapan.

2. Zizi Kirana

Penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia musim ke-7, Zizi Kirana pernah dikecam netizen kerana memakai baju jarang sehingga menampakkan coli berwarna pink yang dipakainya.

Rata-rata pengikutnya menganggap penampilan Zizi itu tidak bersesuaian dengan imejnya sebagai wanita Timur.

Namun Zizi pernah menjawab isu ini kepada MH dan berkata, dia tidak merasakan apa yang dipakainya itu terlalu seksi dan berharap peminat tidak menghentamnya hanya kerana sekeping gambar sahaja.

3. Nadia Brian

Pelakon baru, Nadia Brian juga tidak dapat lari daripada kecaman netizen kerana berpakaian seksi.

Tular di media sosial beberapa bulan lalu tentang Nadia yang dikatakan berpakaian agak seksi ketika bercuti di sebuah pulau dalam sebuah video yang dimuat naik oleh Nadia menerusi Instagram.

Video tersebut merakamkan dirinya sedang mengibas rambut dengan berpakaian renang di tepi pantai mendapat perhatian netizen sehingga melemparkan kecaman terhadapnya namun ada juga mempertahankan pakaian pelakon ini tidak keterlaluan.

4. Tasha Shilla

Pelakon popular, Tasha Shilla kini sedang menjadi perhatian ramai apabila gambar dirinya memakai seluar pendek dan menampakkan bentuk punggungnya menerima kecaman menerusi perkongsiannya di Instagram.

Ramai yang mengecam pelakon ini di ruang komen perkongsiannya namun Tasha tidak memberikan sebarang respon terhadap kecaman yang diterimanya.

Walau bagaimanapun, ada juga segelintir netizen yang mempertahankan Tasha supaya kecaman dihentikan terhadap artis kesayangan mereka ini.