k

10 Kebetulan Yang Sangat Jarang-Jarang Kita Temui Di Dunia Ini

Kehidupan kadang-kadang memberikan kita kejutan yang aneh dan kelihatan mustahil untuk diterangkan hanya dengan merujuk kepada teori-teori tertentu.

Banyak fakta yang mengejutkan tetapi sangat menarik untuk diketahui tentang dunia yang kita diami. Berikut adalah sebahagian daripadanya;

Seperti satu kelahiran semula!

Enzo Ferrari, pengasas Ferrari, meninggal dunia pada 1988. Kira-kira sebulan selepas kematiannya, pemain bola sepak Mesut Özil dilahirkan. Jika dilihat pada potret mereka, membuatkan kita berfikir adakah mereka ialah saudara kembar. Adakah ini satu kelahiran semula?

Adakah ini bukti kepada perentas masa?

Jennifer Lawrence adalah imej pantulan kepada pelakon Mesir di Zaman Perak, Zubaida Tharwat.

Firasat kepada kejadian Titanic

Pada tahun 1898, 14 tahun sebelum tenggelamnya Titanic, penulis cerita fantasi Morgan Robertson menulis novel Futility, yang menceritakan kisah kapal yang tenggelam – dan menggunakan nama Titan. Tetapi bukan hanya namanya sahaja dilihat sebagai kebetulan yang mengerikan. Kedua-dua fiksyen dan kapal Titanic yang sebenar telah digambarkan sebagai ‘kapal yang tidak akan tenggelam’, ciri-ciri teknikal yang sama, bilangan bot penyelamat yang tidak sesuai, dan bertembung dengan bongkah ais di Atlantik Utara.

Selepas tenggelamnya Titanic, buku tersebut telah diterbitkan semula dengan tajuk Futility, atau Sinking of the Titan.

Tragedi Empangan Hoover

Antara orang pertama yang kehilangan nyawa semasa pembinaan Empangan Hoover ialah George Tierney, yang meninggal dunia pada 20 Disember, 1922, ketika menjalankan kerja-kerja persediaan. Orang yang terakhir mati semasa pembinaan pula ialah Patrick Tierney – anak George. Beliau juga meninggal dunia pada 20 Disember.

Dua kereta yang ‘terserempak’ antara satu sama lain

Pada 1895, di Ohio, dua kereta telah bertembung. Keanehan yang timbul dari kemalangan ini adalah kerana pada ketika itu pengeluaran automobil atau kereta baru sahaja di peringkat permulaaan, dan hanya terdapat dua buah kereta di seluruh Ohio. Malangnya, pada masa tersebut kemalangan kereta masih tidak didokumenkan, dan rekod rasmi untuk kes ini tidak terselamat.

Kebetulan dalam biografi Abraham Lincoln dan John F. Kennedy

Banyak kebetulan persamaan yang aneh dalam biografi dua presiden Amerika: Abraham Lincoln dan John Kennedy. Berikut adalah senarai beberapa :

  • Kedua-duanya memiliki luka tembakan di belakang kepala dan dibunuh pada hari Jumaat. Lincoln dibunuh sebelum hari paskah(Easter), manakala Kennedy dibunuh pada hari kesyukuran(thanks giving). Masing-masing ditemani oleh isteri mereka dan satu lagi pasangan lain.
  • Kedua-duanya mempunyai empat orang anak.
  • Kedua-duanya mempunyai rakan bernama Billy Graham.
  • Kennedy mempunyai seorang setiausaha bernama Mrs.Lincoln. Presiden Lincoln mempunyai setiausaha yang bernama John.
  • Pengganti mereka dalam kedua-dua kes adalah naib presiden yang bernama Johnson, yang kedua-duanya dari kawasan selatan dan dari parti Demokrat.
  • Tentera yang pertama dan terakhir

    Kubur tentera British yang pertama dan terakhir yang terbunuh dalam Perang Dunia Pertama terletak 6 meter antara satu sama lain, dan batu nisan mereka juga menghadap antara satu sama lain. Susunan ini sememangnya tidak disengajakan.

    Khabar angin tentang mesin masa Edgar Allan Poe

    Dalam buku The Narrative of Arthur Gordon Pym of Nantucket, yang ditulis oleh Edgar Allan Poe, mengisahkan tentang empat pelayar yang terselamat dari kapal mereka yang tenggelam dan terpaksa memakan seorang anak kapal bernama Richard Parker untuk hidup. Poe mendakwa bahawa kisah ini diilhamkan dari peristiwa yang sebenar, tetapi ia sebenarnya tidak pernah berlaku.

    46 tahun selepas buku itu ditulis, sebuah bot benar-benar telah tenggelam, dan kru-kru kapal yang disoal siasat menceritakan bagaimana mereka telah memakan seorang anak kapal bernama … Richard Parker. Ini menimbulkan khabar angin bahawa penulis Amerika yang terkenal itu mempunyai mesin masa.

    Adik-beradik yang tidak bernasib baik

    Pada bulan Julai 1975, Erskine Lawrence Ebbin, seorang penduduk di Kepulauan Bermuda, berusia 17 tahun, mati selepas dilanggar teksi ketika sedang menunggang motosikal. Hampir setahun sebelum itu, juga pada bulan Julai, abang Erskine – yang juga berusia 17 tahun ketika itu- terbunuh. Beliau menaiki motosikal yang sama dan beliau juga dilanggar oleh teksi. Pemandunya adalah individu yang sama, dan beliau membawa penumpang yang sama.

    Anthony Hopkins dan buku yang unik

    Pernah sekali, pelakon Anthony hopkins perlu segera mendapatkan sebuah buku supaya beliau boleh belajar untuk peranannya dalam filem yang beliau bakal bintangi: A Girl From Petrovka, ditulis oleh George Feifer. Beliau tidak dapat mencari buku tersebut di mana-mana kedai, tetapi kemudian secara kebetulan menjumpai satu salinan buku tersebut yang tertinggal di keretapi bawah tanah. Apabila Hopkins bertemu Feifer, yang kemudiannya memberitahu bahawa beliau sendiri tidak mempunyai salinan buku tersebut – beliau telah meminjamkan salinan terakhir beliau kepada seorang rakan, yang telah kehilangannya di suatu tempat di kawasan keretapi bawah tanah.

    Rujukan: Unbelievable coincidences